Pelakon dan pengacara jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim membuat hantaran isitimewa buat suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar sempena perkenalan mereka selama satu dekad pada 7 Disember, hari ini.
“10 Tahun Yang Lalu, Hari Ini Saya Bertemu Dengan Lelaki Yang…”
Mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi hantaran di Instagram menyatakan tangga 7 Disember adalah hari pertemuannya bersama seorang lelaki yang berjaya mencuri hati serta mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.
“10 tahun yang lalu, hari ini saya bertemu dengan lelaki yang mengubah hati dan hidup saya sepenuhnya untuk lebih baik. Selamat 10 tahun mengenali dan menyayangi satu sama lain pasangan sehati sejiwa saya.”-tulis Che Puan Sarimah Ibrahim di Instagram
Dibanjiri Doa & Ucapan Peminat
Perkongsian Sarimah Ibrahim turut dibanjiri dengan ucapan serta doa peminat dan rakan selebriti yang mendoakan agar perkahwinan pasangan yang dikurniakan seorang cahaya perempuan ini berkekalan hingga ke Jannah.
“Happy Decadeversary and wish you both a lifetime of love together! ❤️.”-Jehan Miskin
“Happy Anniversary babes & T.Jamie!.”-Gayatri Su-lin Pillai
“Grats you guys happy anniversary!! 💐💐💐💐💐❤️❤️❤️❤️❤️.”-Tony Eusoff
“Happy anniversary both of you. Semoga dikurniakan sakinah mawardah dan warahmah dalam rumah tangga. Amin.”
“Alhamdullillah 🤲🏻🌹 Happy Anniversary to both tu you. Semoga berpanjangan hingga Jannah 🤲🏻😘.”
“Happy anniversary to you CP @sarimahibrahim n Tengku Jamie. Moga ikatan perkahwinan ini kekal selamanya hingga ke hujung nyawa, dilimpahi keberkatan dan ketaqwaan. Suka dgn CP Sarimah ni, walaupun you are half mat salleh tapi pandai jaga penampilan dan pandai bawak diri apabila bernikah dgn golongan kerabat. Cara pemakaian pun tak terlalu over menjolok mata. You got Class!!!.”
Sekadar info, Che Puan Sarimah Ibrahim dan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.