Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.
Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia.
“Korang, Saya Nak Minta Maaf”
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Maryam yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 493 ribu, tanda suka sebanyak 29 ribu dan sebanyak 484 komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Maryam yang memakai telekung sedang meminta maaf kepada netizen mengenai suaminya itu.
“Korang, minta maaf tau, mungkin esok KL hujan lebat kot, mungkin sampai banjir lah”
@uyounik Minta maaf tau
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Maryam dan Ryzal itu. Rupa-rupanya dia meminta maaf kerana ingin menyakat suaminya yang sedang menyanyi namun kedengaran sumbang.
“Sabar la kak, nak return pun takde waranty”
“Mula-mula tak faham, lepas tunjuk rizal nyanyi baru faham”
“Hahahahaha, aku ingatkan kenapa sebab berlarutan hujan, hahahaha laki dia buat konsert”
“Hujung hujung yang minta maaf pun sekali join”-kata mereka
Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar gurauan sebagai suami isteri. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.