Kerjaya sebagai seorang pelakon tidak dapat elak daripada jadual pengambaran yang lama, sehari suntuk dalam kostum dengan kesan khas solekan sehingga menyebabkan wajah rosak.
Perkara ini terjadi pada pelakon siri Netflix Wednesday, Jenna Ortega. Kata Jenna, watak Wednesday memaksa dia mengenakan gincu bibir matte gelap dalam masa yang lama. Jadi, bagi mengelakkan bibirnya kering dan rosak, jurusolek Jenna menggunakan produk yang satu ini bagi mendapatkan bibir lembap berkekalan.
Rahsia Jenna adalah Elizabeth Arden Eight Hour Cream. Tidak menghairankan produk ini sangat ikonik, kamu boleh menggunakannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Dan Jenna menggunakan krim ini pada bibirnya.
Elizabeth Arden Eight Hour Cream melindungi dan menguatkan fungsi penghalang kulit, melegakan kerengsaan kecil seperti calar, ruam, gigitan, melembapkan tompok kering – sama ada di bibir, siku, lutut, tangan, untuk menghidratkan kuku dan kutikel, menyerlahkan tulang pipi dan cupid bow bibir, serta merapikan rambut dan kening.
Walaupun krim ini sudah berusia lebih 20 tahun, tetapi sehingga kini masih menjadi produk terlaris keluaran Elizabeth Arden. Apa yang membuatkan formulanya masih relevan? Gabungan pelembut kulit petrolatum bersama sifat anti radang salicylic acid dan antioksidan vitamin E kekal tidak berubah.
Walaupun tekstur krim agak tebal, tapi ia masih selesa diguna tanpa merengsakan kulit.
Nak tahu, bukan Jenna Ortega sahaja yang menggunakan produk ikonik ini, beberapa wajah terkenal lain termasuk Putera Harry, Puteri Diana, Victoria Beckham, Kate Moss, Lady Gaga, Cara Delevingne dan Reese Witherspoon merupakan peminat setia Elizabeth Arden Eight Hour Cream.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.