OMG! Betul ke dah cerai?!
Berdasarkan khabar angin, rumah tangga pasangan popular Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan dikatakan mengalami masalah dan dalam proses bercerai. Walaupun tiada lagi kesahihan tentang perceraian mereka, Aishwarya dilaporkan telah keluar dan meninggalkan rumah keluarga Bachchan.
Menurut sumber terdekat, rumah tangga pasangan ini bertahan hanya kerana anak perempuan mereka iaitu Aaradhya. Manakala di rumah keluarga Bachchan, Aishwarya dan Abishek dikatakan tidur di bilik yang berasingan.
“Abishek dan Aishwarya masih lagi bersama disebabkan oleh Aaradhya. Mereka mempunyai masalah sejak dari dulu lagi. Dan kini masalah itu sudah sampai kemuncaknya.” – Sumber.
Kini Aishwarya dikatakan tinggal dan meluangkan masa bersama ibunya. Sekadar info, sepanjang Aishwarya tinggal di rumah tersebut, dia tidak berkomunikasi dengan ibu mentuanya, Jaya Bachchan kerana tiada persefahaman pendapat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.