Macam di New York, tapi sebenarnya di Kuala Lumpur je!
Daripada bersesak-sesak pergi ke Genting Highlands untuk merasai pengalaman salji; Miss Murai nak kongsikan satu ‘port’ baru untuk kamu yang teringin nak rasa sendiri salji di tengah Kuala Lumpur.
Berhadapan Avenue K iaitu di kaki lima pusat beli-belah ini, kamu dapat menikmati salji buatan selama 15 minit pada malam hari, setiap hari sehingga 1 Januari 2024 ini. Penurunan salji ini bersempena dengan perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2024 yang bakal menjelma tak lama lagi.
@iqstudio.my IF KLCC SNOW 🥶 @iQStudio Malaysia: Snow Time in front of avenue K 7.45pm – 8.00pm 8.30pm – 8.45pm G floor Main entrance Avenue K #snowkl #avenuekmy #dronevideo #iqstudiomalaysia #iqstudiomy #fypシ #CapCut
Apa yang lebih menarik lagi, keadaan salji yang turun di kaki lima Avenue K yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, membuatkan situasi ini nampak seolah-olah berada di luar negara.
@hazmiftw Avenue K, KLCC winter wonderland. FREE snow falling till 1 jan 2024. #klcc #kualalumpur #snowfalling #gentingwinterwonderland #free #fyp #fypシ゚viral #avenuek
Sekadar info untuk kamu, penurunan salji di hadapan pusat beli-belah Avenue K ini akan berlaku selama 15 minit setiap hari. Untuk masa dan hari pula:
- Isnin sehingga Khamis: 7:45 malam-8 malam
- Jumaat sehingga Ahad: 7:45 malam-8 malam, 8:30 malam-8:45 malam
- Cuti Umum: 7:45 malam-8 malam, 8:30 malam-8:45 malam
Jangan lupa untuk bergambar atau ambil video salji tersebut apabila kamu pergi ke Avenue K nanti ye!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.