Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Sedih, Nak Look Cleopatra Tapi Dapat Look Dancer”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 27.8 ribu, tanda suka sebanyak 774 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang berada di dalam kereta untuk pergi ke sebuah rancangan terbitan Astro. Beliau memberitahu bahawa dirinya agak malu untuk keluar dari kereta dengan pakaian yang sebegitu.
“Ramai yang tanya Che Ta, minggu ni tema apa. you all rasa ni tema apa?”-kata Che Ta
“I rasa macam tema penari yang jahat, kita rasa macam penari you all, malu nak turun ni”-tambah Che Ta
@rozitachewan1 Sedeh kiter nak look cleopatra dpt look dancer🥲
Rata-rata ramai yang terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa baju Che Ta sememangnya tampak seperti penari ‘Ahmad Kassan” yang pernah popular dahulu di dalam sebuah rancangan Pak Nil.
“Cantiknya Che Ta”
“Penari Ahmad Kassan”
“Nampak macam dancer sebab headgear over the board dan baju dark colour, head gear Cleo ni patutnya simple and stunning”-kata mereka
Apa-apa pun, semoga lepas ini Che Ta lebih berhati-hati untuk memilih pakaian. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.