Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
”Tak Sabar Nak Tunggu Aaisyah Besar”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 400 ribu, tanda suka sebanyak 14 ribu dan sebanyak 70 buah komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta memberitahu Aaisyah terpaksa tukar kasut tumit tinggi yang sebelum ini dipakainya dengan sneakers selepas dimarahi Zain Saidin. Kasut tumit tinggi yang dipakainya untuk ke Genting Highland itu adalah saiz kasut kepunyaan Che Ta.
@rozitachewan1 Di sebabkan kena maqah dgn daddy, aaisyah tukaq pakai sneakers.. kalau ikut mummy, mummy biaq ja dia qasa sakit kaki , baqu dia tk mau pakai dah🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣 sb lepaih ni dia akannnnnn nk jgk pakai tumit tinggiiiiii mak diaaaa😬 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #gentinghighlands #cekangjelita #goyangrapat
Rata-rata ramai yang terhibur melihat gelagat Aaisyah itu. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah sama seperti Che Ta kerana suka melaram dan ingin sentiasa kelihatan cantik.
Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.