Siapa yang tidak mengenali Nur Amira Izzati Rosli atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli yang merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia.
Amyra memulakan kerjaya awalnya di TV Pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2009 di mana beliau muncul dalam rancangan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2.
Amyra bergiat aktif dalam seni lakonan pada 2011 selepas 2 tahun selepas menyambung pelajarannya di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Lakonan pertamanya di layar kaca ialah menerusi drama Supermak dan kemudiannya banyak tawaran yang diperolehinya untuk menghiasi drama-drama tempatan. Amyra Rosli mendirikan rumah tangga bersama pelakon lelaki iaitu Amar Bahrin dan dikurniakan dua orang cahaya mata isitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
”Muka Sebiji Macam Amyra Rosli”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @amyrarosli22 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 70 ribu dan sebanyak 383 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Anak perempuan Amyra Rosli yang cuba untuk mengajuk cakapnya itu dengan reaksi yang melucukan.
https://www.tiktok.com/@amyrarosli22/video/7319503704892132626?_t=8ilipTeuCKW&_r=1
Rata-rata netizen terhibur melihat kecomelan Arya itu. Mereka juga mengatakan bahawa sememangnya Arya mempunyai riak wajah seperti Amyra Rosli.
Apa-apa pun, semoga Arya membesar menjadi anak solehah yang taat kepada kedua ibu bapanya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.