Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Afiyah Ajak Tokti Cium Kaabah”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 82 ribu, tanda suka sebanyak 2213 dan sebanyak 59 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afiyah yang berada disamping Tokti dan adiknya Afwa serta memohon kepada Tokti untuk pergi mencium Kaabah.
@sitizoner
Rata-rata netizen teruja melihat gelagat Afiyah yang manja di dalam video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afiyah sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki di tanah suci itu. Netizen juga sempat mendoakan agar anak-anak Tokti menjadi insan yang cerdik, soleh dan solehah.
Apa-apa pun, sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki di tanah suci, semoga mereka diberikan kesempatan untuk ke sana. Semoga kita semua juga peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.