Wednesday, December 18, 2024

Faham Perasaan Perit Terpisah Seorang Ayah Yang Rindukan Anak Kandung Sendiri, Sharnaaz Mahu Beri Pelukan Buat Fizi Ali

32
KONGSIAN

Umum mengetahui bahawa perceraian memberi kesan kepada sesebuah institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak.

Perceraian ibu bapa yang kadangkala membawa kepada perebutan hak penjagaan anak mengakibatkan gangguan emosi kepada anak-anak.

Ramai pasangan yang terus bermusuh oleh kerana pengabaian nafkah serta perebutan hak penjagaan anak yang tidak berkesudahan kadangkala terjadi selepas penceraian. Pasangan bercerai perlu jaga hak-hak selepas perceraian untuk elakkan pertikaian dan perpecahan lebih serius.

Namun begitu, ramai juga pasangan yang berjaya mengorbankan ego dan dendam demi kebajikan anak-anak. Tidak dinafikan bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.

Sebagai contoh, pelakon Sharnaaz Ahmad memahami perasaan yang dilalui penyampai radio Fizi Ali apabila sudah dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anak sendiri.

Kata Sharnaaz, 39, sesiapa yang pernah melalui situasi sama akan memahami keperitan berpisah dengan anak dalam jangka masa yang panjang.

“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku akan peluk kau.

“Aku tidak mahu tau betul atau salah tetapi jangan sesekali pisahkan. Apa-apa pun alasannya,” katanya dalam Instagram.

Pendapat yang dilontarkan pelakon filem Polis Evo 3 itu dibuat selepas membaca liputan media yang memaparkan video Fizi ditemu bual semasa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pagi tadi.

Pagi tadi, proses sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Bagaimanapun, Sharnaaz bernasib baik apabila bekas isterinya, Noor Nabila bersetuju untuk menjaga anak lelaki tunggal mereka iaitu Jebat Jayden secara bergilir-gilir.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI