Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Ingatkan Pasang Radio Klasik FM, Rupanya Ringtone”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bonnorhidayah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 621 ribu, tanda suka sebanyak 37 ribu dan sebanyak 211 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang menjawab panggilan telefon dari suaminya iaitu Shaheizy Sam. Dia mengatakan kepada suaminya bahawa dia ingin makan capati bersama selepas sahaja urusan suaminya itu selesai. Tambah pula, Syatilla Melvin juga memberitahu mengenai ringtone telefon bimbitnya itu telah lama dia gunakan.
@bonnorhidayah
Rata-rata netizen teruja dengan keakraban hubungan sebagai suami isteri itu. Mereka juga mengatakan bahawa, mereka terhibur mendengar lagu ringtone telefon bimbit milik Syatilla Melvin itu kerana lagu yang digunakan agak klasik.
Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.