Sebelum ini kecoh apabila pelakon Andrea Abdullah mengulas mengenai isu pihak sekolah yang melakukan majlis graduasi ataupun makan malam di hotel dan mengenakan bayaran yang agak mahal kepada para pelajar.
Fizz Fairuz Beri Pendapat
Daripada kes tersebut, pelakon Datuk Fizz Fairuz juga turut melontarkan idea dan komen mengenai isu tersebut.
Fizz Fairuz di Instagram storynya ada memuat naik pandangannya dan berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya bersikap berkira mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel.
Fizz Fairuz juga menulis bahawa majlis yang dianjurkan pihak sekolah juga hanya setahun sekali dan ia sepatutnya tidak menjadi beban kepada ibu bapa.
Setahun sekali, bukan hari-hari keluar RM150, RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh.
Takkan untuk anak nak berkira. Ini pendapat sayalah
Dalam pada itu, Fizz Fairuz memberitahu keputusan pihak sekolah menganjurkan majlis keraian di hotel adalah atas persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Membuat Siasatan Sebelum Memberi Komen
Susulan isu tersebut, Fizz Fairuz meminta segelintir masyarakat yang hanya tahu mengkritik agar membuat siasatan sebelum memberi komen.
Sekolah buat dekat tempat yang selesa dikatakan tidak sesuai. Bila buat dekat sekolah saja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya, adoi!
Semua benda tak betullah zaman sekarang ini. Untuk anak-anak bagi sajalah, mereka buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa juga sudah setuju… kalau tak setuju mereka tak buat
Fadzil Zahari Tidak Bersetuju?
Pandangan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen juga golongan selebriti. Salah seorang daripadanya adalah Fadzil Zahari.
Diruangan komen, Fadzil seolah-olah kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fizz Fairuz.
Fadzil menyatakan bahawa ekonomi rakyat sekarang berbeza-beza dan tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa tersebut bukanlah berkira.
Ekonomi rakyat ni berbeza Dato, bukan depa berkira…
Komen tersebut mendapat sokongan dari netizen dan dilihat ramai yang bersetuju dengan apa yang dikomen oleh Fadzil itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.