Dalam perjalanan hidup, manusia sering berhadapan dengan pencarian jati diri yang mendalam. Keberanian untuk mengakui dan menerima diri anda adalah langkah pertama ke arah kebahagiaan dan kedamaian dalaman. Ini mengisahkan seorang pengarah dan pelakon lelaki yang ikhlas meluahkan dan merangkak dalam naluri wanitanya.
Isma Yusoof berkongsi perjalanannya untuk meneroka naluri wanitanya dengan kejujuran dan keterbukaan. Dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh Youtuber Boneka Takdir, Isma berkata dia tidak mempunyai perasaan atau nafsu kepada wanita.
” Aku memang nak bagitahu dekat keluarga aku, yang aku ini perempuan. Memang sejak kecil lagi aku dah tertarik dengan sepupu-sepupu lelaki aku. Aku pun pernah berbogel dalam 1 bilik dengan kawan-kawan perempuan aku. Pernah ada pengalaman macam tu yang memang tak bernafsu. Bila perempuan nak cium aku pun rasa geli tapi sebaliknya dengan lelaki”- ujarnya
Saksi video penuh di bawah.
Sebelum ini pun, Isma pernah secara terang-terangan mengakui dirinya adalah seorang transgender atau dalam bahasa kasar dalam masyarakat Malaysia, seorang pondan. Menyentuh pengakuan berani mati seorang transgender, Isma berkata, tujuannya memang ditujukan kepada ahli keluarga yang jauh mahupun dekat.
Kisah Isma yang terbuka mendakwa mempunyai naluri wanita ini mengajar kita kepentingan menerima diri sendiri, walaupun ia melibatkan aspek yang mungkin bercanggah dengan norma sosial. Semoga kisah Isma ini dapat memberi pengajaran kepada ramai orang untuk menerima kepelbagaian dan menghormati perbezaan di kalangan manusia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.