Miss Murai rasalah, kalau tiada siapa yang Google, pasti ada yang tak sangka penyanyi Nabila Razali sudah pun menginjak usia 32 tahun. Bukan apa, wajahnya yang baby face dan awet muda itu langsung tak menggambarkan usia sebenarnya.
Mungkin ada yang fikir penyanyi ini lakukan rawatan kecantikan tertentu secara berkala, tetapi berdasarkan sumber, Nabila ada amalkan petua tradisional. Kongsinya petua ini sangat membantunya untuk kekalkan wajah yang sentiasa anjal, awet muda dan berseri sehingga sekarang.
Nak tahu apa petua tradisional yang diamalkan oleh Nabila Razali? Baca perkongsiannya di bawah sampai habis tau!
Masker Putih Telur Jadi Amalan
Petua tradisional yang kerap diamalkan olehnya dalam rutin penjagaan wajah adalah masker telur putih. Untuk hasilkan masker ini, kamu perlu pecahkan telur dan hanya ambil bahagian putih sahaja.
Kemudian putih telur tersebut dioleskan ke seluruh wajah, dijadikan masker untuk wajah. Biarkan selama 5 minit sahaja dan basuh dengan bersih menggunakan air.
Psst…Kalau kamu nak tahu, masker telur putih ini ada banyak manfaatnya kepada wajah. Antaranya ia boleh:
- Menanggalkan sel kulit mati
- Mencerahkan kulit
- Melawan tanda penuaan
- Merawat jerawat
- Mengurangkan masalah mata panda
Nak nampak hasil yang ketara, Miss Murai cadangkan kamu amalkan sebanyak tiga kali seminggu. Semoga bermanfaat!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.