Hari ini, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, telah menarik perhatian umum di media sosial. Ini gara-gara penampilannya memakai pakaian tradisional Uzbekistan, Chapan Robe di dalam sebuah video yang di muatnaik instagram @flyairasia.
Ini mencetuskan spekulasi dan persoalan sama ada AirAsia bercadang membuka laluan penerbangan ke Uzbekistan.
Tony yang terkenal dengan kebijaksanaannya dalam menjalankan perniagaan penerbangan, mungkin melihat potensi pasaran yang ketara di Uzbekistan.
Laluan ke Uzbekistan
Uzbekistan, dengan kekayaan sejarah dan budaya yang luar biasa, telah menjadi destinasi yang semakin popular untuk pelancong. Jika AirAsia memutuskan untuk membuka laluan ke Uzbekistan, ini boleh menjadi peluang untuk meningkatkan pelancongan di kedua-dua wilayah.
Bandar seperti Tashkent, Samarkand dan Bukhara menawarkan pengalaman unik yang boleh menarik pelancong dari seluruh dunia. Dengan kos penerbangan yang berpatutan, AirAsia boleh menjadi pilihan utama pengembara yang ingin menerokai keindahan Uzbekistan.
AirAsia X tawar tambang promosi menakjubkan ke Almaty, Kazakhstan bermula RM88 termasuk semua sehala
Rupanya baju yang dipakai oleh Tony ini memberi bayangan kepada promosi hebat ke Almaty, Kazakhstan. Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan akan datang pada 14 Mac 2024, syarikat penerbangan ini menawarkan tawaran menakjubkan ke Almaty dengan tambang promosi bermula RM88 termasuk semua* sehala.
Jualan terhad ini bermula pada hari ini pada 16 Februari 2024 dari jam 10:00 pagi hingga jam 6:00 petang (waktu Malaysia) selama lapan jam secara eksklusif tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk..
Tambang promosi kini boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.