Sebelum ini kecoh mengenai filem La Luna yang kini ditayangkan di platform Netflix dikatakan tidak sesuai dengan tontonan masyarakat kita.
Elemen Penghinaan Islam?
Isu ini juga turut dibangkitkan oleh seorang penulis skrip, Zabidi Mohamed yang yang berpendapat filem ini mempunyai elemen penghinaan terhadap Islam.
Ini sekaligus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, ada yang bersetuju dan ada yang tidak sependapat dengan pandangan berkenaan.
Menurut Utasan, atas kejadian tersebut, pengarahnya M Raihan Halim menyangkal dakwaan Zabidi yang mengatakan naskhah tersebut mempunyai unsur pemikiran liberal serta menghina agama Islam.
Pengarah dari Singapura itu juga turut menyatakan filem berkenaan dihasilkan dengan niat baik iaitu membincangkan isu penunggang agama.
Video Nam Rom Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Terbaru, satu muat naik di Instagram milik salah seorang dari pelakon filem ini, Nam Rom yang memegang watak sebagai Ayob mendapat perhatian ramai.
Dalam video yang dimuat naik oleh Nam Rom, dia menunjukkan salah satu pembukaan kedai pakaian dalam wanita di sekitar perlis.
Tak tahu pula Perlis dah liberal sekarang. Opsss
Tulisnya bersahaja, apabila tidak menyangka bahawa bahawa negeri Perlis sekarang sudah menjadi salah sebuah negeri yang liberal.
Situasi tersebut hampir sama dengan jalan cerita yang ditunjukkan kepada penonton melalui filem La Luna.
Video tersebut mendapat perhatian dari rakan selebriti dan juga peminatnya. Hampir semua terhibur dengan muat naik video tersebut.
Malah bukan itu sahaja, ada sesetengah yang memuji tindakan Nam Rom seolah-olah memerli situasi yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.