Nurul Shakilla Mohd Khoriri merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, yang kebanyakannya bergiat aktif di televisyen menerusi drama dan telefilem.
Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2009 dan telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem, beliau amat terkenal dengan watak antagonis yang dilakonkannya. Antara drama yang menaikkan nama Shakilla ialah drama Adam dan Hawa di mana beliau memegang watak Eja iaitu adik kepada Nadiya Nisaa. Watak itu hanya diperolehi oleh beliau selepas tujuh tahun berkecimpung dalam dunia seni.
Shakilla dilaporkan baru sahaja mendirikan rumah tangga selepas bercerai pada Disember tahun 2021 yang lalu. Video yang menunjukkan beliau berada di majlis akad nikahnya, kini tular di beberapa platform media sosial terutamanya di tiktok.
“Nampak Ameena Lebih Happy Disamping Shakilla”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ciknab_wangi yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.7 juta, tanda suka sebanyak 164 ribu dan sebanyak 1,547 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ameena yang berada disisi Shakilla semasa di majlis akad nikah, tampak riang dan lebih gembira ketika bersama ibunya itu.
@ciknab_wangi Replying to @wandasenandung dia paling excited hari ni… #offmarket #shakillakoriri #fypシ #fypシ゚viral
Rata-rata netizen juga teruja melihat Ameena yang begitu ceria ketika di majlis tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Ameena dan Shakilla sama-sama cantik serta mereka mendoakan agar Ameena peroleh kebahagiaan bersama insan tersayang.
Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.