Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Kalau Ikutkan Zodiak, Beg Tangan Mewah Ini Yang Terpaling Sesuai Dengan Kamu!

by Soph Azz
February 28, 2024
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

72
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak ramai yang tahu, zodiak, tenaga dan aura adalah perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Disebabkan oleh itu apa yang dipilih, dilakukan atau terjadi dalam hidup, semuanya berlaku kerana ciri-ciri zodiak kamu.

Dan berdasarkan zodiak kamu. Miss Murai nak kongsikan dalam entri ini apakah beg tangan mewah yang sesuai dengan kamu.

Daripada jenama FENDI, Gucci hingga ke Balenciaga, semak di bawah beg apa yang sesuai untuk kamu;

1. AQUARIUS: Balenciaga City Bag 

Foto – Pinterest

Untuk si Aquarius yang sukakan lakukan apa yang mereka mahu tanpa memikirkan apa kata orang lain, beg pilihannya mestilah Balenciaga City Bag. Bukan sahaja nampak gaya mahal, si Aquarius juga boleh tonjolkan gaya pilihannya dengan yakin.

2. PISCES: Saint Laurent Rive Gauche Tote 

Foto – Pinterest

Bagi Pisces pula beg tangan yang sesuai dengannya adalah Saint Laurent Rive Gauche Tote. Beg yang ada banyak ruang simpanan ini sangat praktikal dan tepat untuk si Pisces yang sukakan pengembaraan.

3. ARIES: Bottega Veneta Cassete

Foto – Pinterest

Bila pakai beg Bottega Veneta Cassete ini, Aries akan nampak sangat mewah dan menonjol. Didatangi pula dalam pelbagai warna, memang sesuai sangatlah dengan zodiak berasaskan api ini.

4. TAURUS: Gucci Jackie 

Foto – Pinterest

Dikenali dengan pilihan klasik dan perincian yang unik, beg bahu Gucci Jackie ini adalah pilihan terbaik untuk Taurus. Selepas popular digayakan oleh First Lady Jackie Kennedy, beg ini telah dikemas kini dalam beberapa tekstur, jalur warna dan corak.

5. GEMINI: FENDI Baguette 

Foto – Pinterest

Siapa yang tengok siri Sex And The City, pasti familiar dengan beg FENDI Baguette ini. Beg baju ini sangat sesuai untuk Gemini kerana warna-warnanya yang cerah, tekstur, corak dan siluet yang unik akan berikan gaya yang berbeza.

6. CANCER: Chanel Flap Bag 

Foto – Pinterest

Cancer kebiasaannya dikenali sebagai seorang yang sukakan padanan tradisional dan model dalam satu masa. Jadi Chanel Flap Bag ini sangat sesuai untuk mereka. Tapi Miss Murai syorkan untuk Cancer dapatkan beg berwarna pastel sama ada kuning, merah jambu atau biru kerana warna ini nampak perfect pada gaya mereka.

7. LEO: Louis Vuitton x Murakami

Foto – Pinterest

Leo? Seorang yang sukakan gaya yang statement dan paling menonjol dalam khalayak ramai! Untuk beg tangan, beg Louis Vuitton x Murakami yang berwarna-warni pelangi sesuai untuk zodiak ini.

8. VIRGO: Prada Nylon Backpack 

Foto – Pinterest

Sangat berfungsi dan mudah untuk digayakan, beg Prada Nylon ini direka daripada kanvas serta tahan lama. Jadi sesuai untuk perwatakan Virgo yang workaholic, teratur dan bercita-cita tinggi.

9. LIBRA: Celine Box Bag 

Foto – Pinterest

Libra pula zodiak yang sukakan beg ringkas tapi masih ada kelasnya, jadi beg Celine Box adalah beg yang sesuai untuknya. Beg siluet berstruktur ini sebenarnya mudah diselenggara dan dipadankan dengan apa-apa gaya sekalipun.

10. SCORPIO: Loewe Puzzle Bag

Foto – Pinterest

Beg asymmetrical ini berikan penampilan yang provokatif dan mewah dalam satu masa. Sesuai dengan personaliti Scorpio, seorang yang bold dan berani.

11. SAGITTARIUS: Dior Oblique Book Tote 

Foto – Pinterest

Sagittarius sangat terkenal dengan sifat yang sukakan pengembaraan dan cabaran. Untuk padankan dengan beg, Dior Oblique Book Tote ini adalah yang terbaik! Bersaiz besar, sesuai untuk mereka letak segala kelengkapan dalam beg ini.

12. CAPRICORN: Hermès Kelly 

Foto – Pinterest

“Klasik, berdikari dan kuat” – Beg tangan yang sesuai untuk Capricorn berdasarkan sifatnya adalah Hermès Kelly! Bila pakai beg klasik ini si pemakai akan berasa lebih berkeyakinan dan kebolehpercayaan.

Sudah tahu beg apa yang sesuai dengan kamu?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
Beg Tangan Berjenamabeg tangan mahalchristian diorgucci jackieHermesyves saint laurentzodiak
https://lomp.at/gdd3g
Share29Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem