Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Favourite Lagu Khawla, Kelentang Kelentong”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anistaqwa yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 90 ribu dan sebanyak 163 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Khawla yang bertemu dengan Hael Husaini ketika berada di perkarangan stadium yang berlangsungnya AJL ke 38. Hael Husaini juga menyempat menyanyikan lagu kegemaran Khawla itu sehingga membuatkan Khawla terus menari gembira.
@anistaqwa
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa reaksi Hael Husaini apabila Khawla bersalaman dengannya sangat comel dan Khawla merupakan seorang kanak-kanak yang tidak pemalu.
Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.