Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Comel Betul Dia Suap Macamtu”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nuraug1 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 122 ribu dan sebanyak 706 ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afiyah yang menyuap kek dekat ‘anak menakan’ nya iaitu anak kepada pelakon Izara Aishah.
@nuraug1 Anak Tok Ti dengan Anak Izara Aishah. omei geram tengok
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua itu. Mereka juga mengatakan bahawa kecomelan masing-masing terserlah ketika bersama. Tambahan pula, mereka tidak sangka bahawa anak kepada pelakon Izara Aishah telah besar dengan begitu cepat.
Apa-apa pun, semoga mereka berdua menjadi anak yang solehah dan taat serta berbakti kepada ibu dan ayahnya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.