Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Dua Beradik Ni Sama Cantik!”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 82 ribu dan tanda suka sebanyak 2,277.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zaquan Adha yang menyuruh isterinya iaitu Ayu Raudhah untuk sentiasa memakai kasut tumit tinggi seperti Che Ta.
“You kena jadi Che Ta kasut tu tengok, Che Ta always kasut tinggi”-Kata Zaquan Adha
@rozitachewan1 Bsauty is pain wak🤣🤣🤣🤣🤣 . Nak cantik nak laawa mana buleh besha besha kan 🤪 . #cheta #rcw #rozitachewan #ayuraudhah
Rata-rata ramai yang terhibur melihat video tersebut. Mereka juga me uji bahawa walaupun Che Ta memakai kasut tumit tinggi namun tidak merasa kesakitan pada tumit kakinya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberika rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.