Pelakon, Hafidz Roshdi tampil memberikan penjelasan berhubung kehadirannya ke mahkamah untuk keputusan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selasa lalu.
“Saya Tak Perlu Hadir, Saya Dah Lantik Peguam…”
Hafidz, menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa ketidakhadirannya ke mahkamah tidak mencacatkan prosiding kes kerana keputusan tetap boleh dibacakan apabila peguam yang dilantik hadir ke mahkamah.
“Minta maaf ye, bulan puasa ni salah pula, tak pasal-pasal ke bodoh dan benak ubi.
Ya betul, keputusan kes, tapi ianya adalah keputusan orang yang memohon sesuatu, macam contoh sekarang, anak guam memohon untuk menambah penama dalam hak jagaan, jadi dialah yang kena hadir.
Point yang penting, saya tak perlu hadir, saya dah lantik peguam, jika peguam hadir pun, anak guam tak hadir pun tetap tak mencacatkan prosiding kes. Keputusan tetap boleh dibacakan sebab peguam yang dilantik hadir.”-jelas Hafidz di Instagram
Berkata Yang Baik-Baik Di Bulan Ramadhan
Selain memberikan pesanan agar semua orang digalakkan untuk berkata yang baik-baik di bulan Ramadhan, Hafidz menegaskan bahawa dia turut mahu menyelesaikan kes yang melibatkan bekas isterinya, Shuhada serta anak-anak mereka secepat yang mungkin.
“Tu laa, bulan puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi kita juga digalakkan berkata yang baik-baik dan benar. Maaflah, biarlah benak ubi tapi betul.
Point yang penting, saya tak wajib hadir dan saya sendiri nak settlekan kes ni cepat-cepat.”-tegas Hafidz lagi
Sekadar info, Hafidz Roshdi mendirikan rumah tangga dengan Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Julai 2023 setelah melalui proses mahkamah.
Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Humairah dan Umar.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.