Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Dia Sebut Makanan Sunnah, Tapi Makanan Lain Yang Makan Dia Tak Sebut”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bonnorhidayah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 112 ribu, tanda suka sebanyak 4,041 dan sebanyak 19 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang sedang menyanyi lagu Agnes Monica kemudian memberitahu suaminya bahawa sahur yang suaminya sediakan iaitu kurma bersama susu telah memberinya tenaga yang luar biasa.
“Sayang, semalam you buat sahur tu sayang macam boleh bagi tenaga yang luar biasa la”-kata Syatilla Melvin
“Ohh Ye ehh, you tak kira yang makan burger semua tu?-Jawab Shaheizy Sam
@bonnorhidayah #kekasihthemelvins #syatillamelvin #adikberadikthemelvin #themelvinslive
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga ketawa apabila mendengar Shaheizy Sam memberitahu makanan yang di makan Syatilla Melvin itu bukan hanya kurma, oat dan susu malah ada makanan lain.
Apa-apa pun semoga kita semua diberikan keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.