Perkongsian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Sabah.
Bung Moktar, menerusi hantaran di Instagram, dilihat memberikan ucapan Raya serta menitipkan doa agar kedua-dua keluarganya dirahmati Allah SWT.
“Ya Allah Rahmatilah keluarga kami ini, berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.”-kapsyen Bung Moktar di Instagram
“Alamak Tudung Dah Terbang…”
Walaubagaimanapun, penampilan isteri kedua Bung Mokhtar yang merupakan selebriti, Datin Seri Zizie Izette mengundang komen netizen apabila pelakon ini tampil dengan gaya ‘free hair’.
“Tambah kaya tambah hilang tudungnya, Terus hilang minat sis pada nya.”
“Alamak tudung dah terbang.”
“Zety ingat dia tak pakai tudung tu cantik, tapi sebenarnya sebaliknya.”
“Maaf tanya dah terbang ya tudungnya.”
“Zizie bukan bertudung ke. Cantik lagi dia bertudung nampak muda. Macam ni nampak sesuai dengan suaminya nampak berusia.”
“Kesian laki dia.”
“Hilang tudung dah.”
“Wife pertama masih bersama rupanya. Maaf la tak tahu. Sebab nampak yang kedua tu je.”
Sekadar info, Zizie Izette mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki kembar, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.