Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan. Terbaru, Elizabeth Tan ada memaklumkan keadaanya kepada umum.
Keguguran Anak Pertama
Elizabeth Tan mendedahkan bahawa dia mengalami keguguran anak pertama yang dinanti-nantikan baru-baru ini selepas mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.
Elizabeth yang berumur 30 tahun mengakui terkesan dengan keguguran itu memandangkan dia sudah bersedia untuk bergelar ibu.
Menurut Harian Metro, keguguran anak pertamanya itu pada peringkat awal kemahilan dan dia telah pergi ke hospital dan disahkan kandungannya sudah tiada.
Sebenarnya saya mengalami keguguran anak pertama namun kehamilan saya masih berada pada peringkat awal lagi. Saya ke hospital dan disahkan bahawa kandungan sudah tiada lagi
Tidak Mahu Mengulas Panjang
Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut kerana perkara tersebut akan membuatkannya sedih ditambah lagi apabila dia dan suami sudah berpisah.
Kalau saya cakap banyak mengenai hal ini saya akan menangis pula. Bukan apa, saya dan suami sudah berpisah.
Malah Elizabeth juga menjelaskan bahawa dia sudah berkongsikan kepada keluarga dan rakan terdekatnya mengenai perancangannya untuk memiliki cahaya mata.
Menurut Harian Metro, disebabkan kejadian keguguran tersebut perancangan untuk mempunyai cahaya mata terpaksa diubah.
Sekadar rekod, Elizabeth telah tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Siew Jim.
Majlis perkahwinan mereka dihadiri keluarga dan kenalan rapat sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.