Pelakon popular Zul Ariffin menganggap kehadiran penerbit, Gayatri Su-lin Pillai, ketika sambutan Aidilfitri bersama keluarganya sebagai perkara biasa.
Zulkifli Ariffin, yang lebih dikenali sebagai Zul Ariffin, berkongsi bahawa keluarganya, terutama arwah ibunya, sentiasa menganggap Gayatri seperti anak sendiri.
“Gayatri setiap tahun beraya dengan keluarga saya. Arwah emak saya dahulu sangat sayang dia dan menganggapnya seperti anak sendiri”.
Kehadiran Gayatri dalam foto raya bersama Zul dan dua kakaknya pada 1 Syawal lalu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai hubungan mereka.
Namun, Zul menyatakan bahawa perkara tersebut adalah rutin tahunan dan tidak ada yang istimewa.
Mengulas mengenai spekulasi yang berkaitan dengan perkahwinannya, Zul berkata bahawa walaupun kisah tentang pernikahannya sering diperkatakan, namun ia masih belum menjadi kenyataan.
Bagi Zul, dia berharap agar diberi ruang untuk tidak berkongsi terlalu banyak mengenai perkara peribadinya.
“Hari bersejarah perkahwinan saya, orang selalu kata ‘hampir’. Tetapi, sehingga sekarang belum ada lagi. Selagi tidak sampai, saya tidak akan memberitahu apa yang orang mahu dengar. Saya seorang pelakon dan orang selalu ingin tahu tentang hidup saya, tetapi saya ada kehidupan peribadi yang ingin saya jaga,” katanya.
Walaupun begitu, Zul berjanji bahawa dia tidak akan menyembunyikan perkara peribadi tersebut jika sudah sampai masanya untuk berkahwin.
“Saya tidak akan berkahwin secara rahsia dan menyembunyikannya. Apabila tiba masanya, saya akan mengumumkannya kepada semua orang. Saya belum pernah berkahwin sebelum ini, tetapi apabila waktu itu tiba, semua orang pasti akan mengetahuinya,” jelasnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.