Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Hari Lahir Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Tengku Abdullah yang ke 22 Tahun”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cmspahang yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 83 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu, dan sebanyak 171 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tungku Azizah yang sedang memeluk anakanda nya Tengku Puteri Jihan ketika sambutan harilahirnya yang ke 22 tahun.
@cmspahang my baby forever ….
♬ original sound – Tengku Ampuan Pahang – Tengku Ampuan Pahang
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat seronok melihat hubungan akrab yang ditonjolkan anak-beranak itu. Tambah mereka lagi, Tengku Puteri Jihan kini membesar menjadi seorang Puteri yang sangat anggun dan cantik.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.