Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Dia Nak Sister Sebab Afwa Ganas Sangat, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, Tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @watiesoong yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 87 ribu, tanda suka sebanyak 1,107 dan sebanyak 17 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan Tokti yang menanyakan kepada anak perempuannya iaitu Afiyah mengenai doa apakah yang diingin olehnya.
“Afiyah nak ibu doa apa kat sana?”-Tanya Tokti
“Nak ibu jadi muda pastu nak adik perempuan”-Kata Afiyah
“Allah hahaaha”-Kata Tokti
@watieysoong #aafiyahanakibu @Siti Nurhaliza #sitinurhaliza
Rata-rata netrizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afiyah meminta adik perempuan kerana ingin teman dan berkemungkinan adik lelakinya itu sangat lasak. Tambah mereka lagi, Afiyah seorang kanak-kanak yang bijak apabila berkata-kata.
Apa-apa pun, semoga Afiyah dan Afwa membesar menjadi anak yang soleh solehah, taat dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberika rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.