Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.
Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.
“Terus Masuk banyak Order Dari Netizen Lepas Lihat Tengku Buat Beef Pepperoni Pizza”
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @maliazlnpda yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 126 ribu, tanda suka sebanyak 2,710 dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Hassanal yang sedang membuat pizza, lalu dijenguk oleh Tunku Azizah ketika didapurnya.
“Ini Apaa”-Tanya Tunku Azizah
“Beef Pepperoni”-Jawab Tengku Hassanal
“Letak banyak lagi kan”-Tambah Tunku Azizah
@maliazlnpda Replying to @salmahmahmud935 Tengku Ampuan Pahang 👀👩🏻🍳🙆🏻♀️🍕#pahangroyalfamily #royalpahang #TasteOfCNY2024 #credittotheowner #tengkuhassanal
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa, selepas melihat Tengku Hassanal membuat pizza dan ramai yang ingin menempah darinya. Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan dari peminat buat Tengku Hassanal.
Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.