Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sebelum ini memberikan kenyataan rasmi yang menggesa wanita yang mendakwa sebagai kekasih aktor, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk berhenti ‘buka pekung’ para artis yang disifatkan menjejaskan imej serta kredibiliti industri hiburan tempatan.
Terkini, Persatuan Seniman menerusi hantaran di Instagram, menyarankan mana-mana artis yang dipetik Sarah Yasmine untuk membuat laporan polis.
“Mana-mana artis yang dipetik oleh Sarah Yasmine, SENIMAN mohon artis-artis tersebut buat laporan Polis Diraja Malaysia dan buat laporan pada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, dan sekiranya tiada laporan dibuat, SENIMAN akan membuat laporan.”-kapsyen SENIMAN di Instagram
Netizen Kritik!
Di ruangan komen, lain pula reaksi netizen yang mengkritik pihak SENIMAN yang disifatkan ‘backup’ artis yang bermasalah.
“Sarah tak rosakkan industri korang, tapi artis korang yang burukkan nama industri ni. Kenapa tak di banned?.”
“Backup artis sampah. Patut artis bermasalah ni kena ambil tindakan bukan tutup mata. Dah la jadi ikutan dan patut tunjuk contoh yang baik.”
“Makin hilang la respect orang luar kat industri Malaysia. Sebab backup artis sendiri buat sampah. Kalau si Sarah tu tak bongkar, semua dok salahkan Bella. Semua ingat memang betul Aliff dan Ruhainies diperangkap. Mana keadilannya untuk Bella? Kenapa nak kena backup Ruhainies dan barkobar tu. Tak paham aku. Kenapa tak suruh Bella yang buat report kat dua artis tu sebab kacau rumah tangga dia.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.