Pendedahan pelakon, Aliff Aziz menerusi temu bual bersama The Common Folks SG semalam mengenai hubungannya bersama isteri, Bella Astillah serta bekas ‘kekasih gelap’, Sarah Yasmine mendapat respon orang ramai termasuklah pengacara sensasi, Diva AA di media sosial.
Aliff menerusi temu bual yang dimuatnaik The Commonfolks SG di Youtube, menganggap kecurangan isterinya bersama pelakon, Muaz Zabir adalah kifarah atas kesilapan lamanya.
“Pada 13 November 2023, sesuatu yang besar berlaku, sampai aku kelu kerana waktu tu baru aku tahu mengenai isteri aku (curang). Malam itu aku tak boleh tidur dan bila check phone Bella di archive chat, aku terdiam. Tapi aku anggap ini semua kifarah atas dosa-dosa lama aku.”-kata Aliff di The Commonsfolks SG
Diva AA Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Haji Ali menerusi hantaran di laman X, mengkritik orang ramai yang menonton podcast aktor filem Dia Dari Syurga ini.
“BUTOHHH MERENYUT LAKNATULLAH TERSIAL YANG BODOH DOK TENGOK PODCAST SAMPAHH SI ALIFF AZIZ TENGAH MEREBEH! GELUPUH PENUH SEDUTAN KAT TIKTOK TERSIAL! KESIAN BANGSAT YANG SUKA JAGA AIB ARTIS! GTHH PUI SIALL.”-Tulis Diva AA di X
Sekadar info, Bella Astillah dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Namun, kemelut melanda rumahtangga pasangan ini apabila Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Mac lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.