Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara terkenal Malaysia iaitu Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick. Selain menjadi seorang pelakon dan pengacara, Janna Nick juga merupakan seorang penyanyi yang telah banyak mengeluarkan lagu serta lagunya menjadi trending diseluruh negara melalui media sosial tiktok.
Baru-baru ini juga, Janna Nick telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysian iaitu Dini Schatzmann di resort terkemuka Langkawi, Kedah. Walaupun telah berkahwin, Janna Nick dan suami masih meneruskan kerjaya mereka dalam bidang lakonan yang menjadi punca pendapatan mereka bersama.
“Majlis Akad Nikah Afifah Nasir, Tapi Asyik Dengar Suara Janna Nick & Suami”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial instagram stories milik Hafreez Adam yang meraih perhatian ramai.
Video berkenaan, memaparkan Hafreez Adam yang menjadi tetamu pernikahan kawannya iaitu Afifah Nasir yang beru-baru ini telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya iaitu Syed Hariz. Tambahan video yang sedang dirakan Hafreez itu kedengaran suara Janna Nick bersama suami sehinggakan dia terpaksa menegurnya.
“Aku kan dua orang ni, aku tak dengar pun diorang cakap apa, aku dengar korang je”-Kata Hafreez Adam
“Laki aku lah, dia tanya banyak, dia ingat aku cikgu bahasa ke apa”-Jawab Janna Nick
Namun teguran tersebut hanyalah gurauan sebagai kawan yang sama-sama berada di dalam industri seni yang sama. Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.