Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Apa Yang Aaisyah Nak Cakap Rosix Sini”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rosix Omar yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 650 ribu, tanda suka sebanyak 24 ribu dan sebanyak 82 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Rosix yang menanyakan kepada Aaisyah apakah perkara yang dimahukannya jika nanti keluar bersama dengannya itu.
“Apa Aaisyah nak tadi cakap Rosix balik”-Tanya Rosix
“Nak Sephora, nak beli makeup, skincare, dan untuk rambut”-Jawab Aaisyah
@rosixomar25 Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #openhouse #rozitachewan
Rata-rata ramai yang teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa, telah sekian lama tidak nampak Aaisyah di dalam kontem-konten milik Rosix kerana beliau sibu bekerja.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.