Bukan hanya sekadar hiburan semata-mata, tetapi ia juga mengajak penonton untuk menelusuri sejarah dan perjuangan sosial yang masih relevan hingga ke saat ini.
Sudah Mula Ditayangkan
Kisahnya dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam drama Turki terbaharu, “Lawless Love” yang disiarkan mulai 13 Mei lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang mengisi slot Lavender On 2 di TV2.
Membariskan pelakon Ugur Günes, Esra Bilgic, Kaan Tasaner, Mine Teber, Dogac Yildiz dan ramai lagi, drama ini membawa penonton ke Zonguldak, Turki sekitar tahun 1940, di mana setiap warga kota mencari nafkah dengan bekerja di lombong arang batu yang dimiliki oleh Malik, orang yang paling kaya dalam kota.
Malik digambarkan sebagai majikan yang kejam dan tidak bermoral. Selain lombong arang batu, dia juga memiliki sebahagian besar pertanian di kota.
Perjuangan Pekerja Lombong Arang Batu
Selain itu turut menggambarkan perjuangan para pekerja lombong arang batu yang berusaha menggulingkan majikan mereka setelah berlaku kecelakaan di lombong yang meragut banyak nyawa dek kerana kelalaian Malik sendiri.
Di tengah-tengah konflik perjuangan, terselit pula kisah cinta terlarang antara Davud dan Gulfem, anak gadis kepada Malik yang menambah lagi dimensi emosional dalam naratif drama ini.
Lawless Love menawarkan cerita yang penuh dengan helah, cinta, dan perjuangan hak asasi manusia.
Penampilan dari Ugur Günes dan Esra Bilgiç yang menerajui watak utama memberikan impak terhadap watak yang dibawa, manakala Cevdet Mercan selaku pengarah drama ini pula berjaya memastikan setiap adegan disampaikan dengan intensiti yang tepat.
Penonton juga boleh mengikuti drama ini menerusi RTMKlik dimana-mana sahaja secara percuma.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.