TSiapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Setuju, Kalau Tuan Rumah Tak Buka Pintu Tetamu Takkan Masuk Kan”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 86 ribu, tanda suka sebanyak 1,880 dan sebanyak 75 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang sedang bersolek sambil membicarakan mengenai penyondol dan suami.
“Penyondol dengan suami siapa yang nak disalahkan, haloooo salakan dua-dua. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi”-Kata Che Ta
@rozitachewan1 Yg tgh cuti kt umah tu , sapu la sikit mulut meqah kata org tu supaya tk pucat lesi bibiaq tu 🥰 . #cheta #rcw #byrcw #rozitachewan #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #lawalips #lipmatte
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka setuju dengan apa yang dibicarakan oleh Che Ta ibu. Tambah mereka lagi, kes sondol menyondol takkan terjadi jika sang suami tidak membuka ruang untuknya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.