Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Lepas Siram Anak Mak Ngah, Dia Fitnah Mak Ngah Pula”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @adellmieyza yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 549 ribu, tanda suka sebanyak 30 ribu dan sebanyak 127 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan anak saudara Syatilla Melvin iaitu Jedda memberitahu ibunya bahawa dia dimarahi oleh Syatilla Melvin.
“Ibu, Mak Ngah Marah”-Kata Jedda
“Subhanallah, aku duduk sini diam-diam dia bagitahu mak dia mak ngah marah”-Kata Syatilla Melvin
“Jaga sikit noh Jedda aku punya sayang kat hang”-Tambah Syatilla Melvin.
@adellmieyza Makngah marah jedda😠#syatillamelvin #syidamelvin #adikberadikthemelvin #themelvinslive #fyp #foryou #masukberanda #trending #viral @SyatillaMelvin @Syida Melvin
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka mengetahui bahawa itu hanyalah gurauan keluarga sahaja dan ianya tidak benar.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.