Konsert yang dinanti-nantikan oleh ribuan peminat, yang sepatutnya berlangsung esok, telah dibatalkan. Dalam satu pengumuman sebentar tadi, Alan Walker memohon maaf kepada semua peminatnya kerana terpaksa membatalkan konsert tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Alan Walker, DJ dan produser terkenal dari Norway, menyatakan rasa kecewanya kerana tidak dapat meneruskan persembahan esok, namun dia berjanji bahawa konsert akan tetap diadakan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, tarikh baharu untuk konsert tersebut masih belum ditetapkan.
Bagi peminat yang telah membeli tiket, pihak penganjur telah menyediakan mekanisme pemulangan wang. Pembeli tiket boleh meminta pulangan wang dengan menghantar email kepada enquiries@megatix.my sebelum jam 5 petang pada 20 Julai 2024. Sila sertakan butiran pembelian dan maklumat peribadi yang diperlukan dalam email tersebut untuk mempercepatkan proses pemulangan wang.
Para peminat juga dinasihatkan untuk terus mengikuti perkembangan terkini melalui laman web rasmi dan media sosial Alan Walker serta pihak penganjur untuk maklumat lanjut mengenai tarikh baharu konsert.
Ini merupakan satu kekecewaan besar bagi peminat yang telah menunggu lama untuk menyaksikan persembahan secara langsung Alan Walker. Namun, sokongan dan kesabaran peminat amat dihargai dalam situasi yang tidak dijangka ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.