Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bahaya Terkurung Dalam Bilik Laki Bini Sahaja, Shuib Dan Watie Sanggup Sambut Anniversari Bawak Anak-Anak

by Puteri Alia
June 22, 2024
Share on Facebook

Pelawak terkenal Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah, memilih untuk merayakan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan cara yang istimewa.

Enggan terperuk dalam bilik hotel, pasangan ini memutuskan untuk membawa anak-anak mereka bercuti di sebuah pulau peranginan yang indah, mencipta memori bersama yang tak terlupakan.

Watie, atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercuti berdua sahaja dengan suaminya.

Melalui perkongsian di Instagram, Watie menjelaskan bahawa dia bimbang jika pergi hanya berdua, mereka mungkin akan terperangkap di dalam bilik hotel tanpa keluar menikmati keindahan alam semula jadi.

“Kenapa kita bawa anak-anak bersama sebab bahaya pergi berdua. Kita akan terkurung di dalam bilik tak keluar-keluar. Jadi penyelesaiannya adalah bawa anak-anak sekali,” ujar Watie dalam video yang dimuat naiknya.

Dalam video tersebut, Watie dan Shuib bersama anak-anak mereka, Uwais, Talita, dan Matin, terlihat berada di lapangan terbang, siap untuk memulai petualangan mereka.

Sarat dengan memori indah, Shuib turut berkongsi momen mereka sekeluarga menaiki bot menuju ke sebuah pulau yang lokasinya dirahsiakan.

Sesampainya di hotel penginapan, Shuib, yang juga seorang ahli perniagaan, sempat merakam keindahan panorama dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya.

“Syukur, terima kasih mummy (panggilan untuk Watie),” katanya dengan penuh rasa syukur.

Langkah pasangan ini membawa anak-anak bersama mendapat pujian dari netizen. Mereka memuji Watie kerana menjadi ibu tiri yang baik dan selalu ceria dalam menghabiskan masa bersama anak-anak tirinya.

“Bagusnya Watie layan anak tiri macam anak sendiri, nampak bahagia dan serasi, mesti arwah Sarah gembira melihat ini semua,” komen seorang netizen, merujuk kepada isteri pertama Shuib, Allahyarham Siti Sarah.

“Bagus pergi bercuti tak tinggal anak, ketika bercutilah kita dapat luangkan masa dan menjalani momen indah bersama mereka, budak-budak mesti suka,” tambah seorang lagi netizen.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023. Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Topik Berkaitan Watie Hanifiah Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Thalita-"Walaupun Bukan Mummy Yang Melahirkan, Tapi..."

Hasil perkahwinan dengan Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
shuibwatie hanifiah
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Spotlight

“Kami Terima Segala Kecaman”- Syifa Melvin Kesal Terlalu Ikut Emosi

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon, Syida Melvin bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, nampaknya masih belum reda apabila kemelut...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara