Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Aku Tengah Masak, Dia Call Duk Tengah Bersiap”-Syida Melvin
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kekasih_hq yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 20 ribu, dan tanda suka sebanyak 941.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syida Melvin yang memberitahu bahawa dia bertungkus lumus untuk memasak namun Syatilla Melvin pula sedang bersiap kerana dia hanya menempah makanan.
@kekasih_hq Nasi arab by Syatilla Melvin#themelvins #kekasih #satukekasihcukupke
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa sememangnya adik-beradik Syatilla Melvin perangai jenis ‘masuk air’.
Apa-apa pun, sempga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di duia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.