Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Eyyy Khawla Ni Comel Betul, Buat Keychain Kang Baru Tahu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Syamel yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 354 ribu, tanda suka sebanyak 43 ribu dan sebanyak 369 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syamel yang menanyakan kepada Khawla mengapa dia kelihatan sangat cantik. Namun reaksi yang diberikan Khawla selepas mendengar kata-kata ayahnya itu terlihat sangat lucu.
“Daddy ada soalan nak tanya la, Kenapa Khawla cantik, comel macam Princess”-Kata Syamel
@syamel_official Jawapan hanya pada gaya. I loiiikkee🤭
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka suka melihat telatah Khawla yang melucukan itu. Tambah mereka lagi, Khawla merupakan seorang kanak-kanak yang sangat periang dan senang bergaul dengan orang dewasa.
Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.