Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 bakal digegarkan melalui penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara.
Kerjasama terbaharu ini dijangka akan memeriahkan dan merancakkan lagi program tahunan ini.
Bersempana Tahun Yang Ketiga
UDA Holdings Berhad, yang memegang mandat daripada Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan golongan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), juga selari dengan misi Mari SeeNI.
Ini menjadikan pelancaran Mari SeeNI di Karnival UDA 2024 satu pengaktifan jenama yang sangat tepat pada masanya.
Karnival untuk tahun ketiga penganjurannya itu membawa semangat dan aspirasi tinggi memperkasakan pemilikan hartanah serta pembabitan usahawan Bumiputera dalam landskap ekonomi bandar.
Di bawah naungan UDA, karnival ini bukan sekadar acara, tetapi simbol keteguhan usaha dan komitmen memperkukuh ekonomi Bumiputera.
Menjanjikan Kemeriahan Berganda
Sebagai tanda penghargaan buat Karnival UDA, Mari seeNI akan memberikan kemeriahan yang berganda melalui rangkaian aktiviti eksklusif yang direka mengikut zon-zon bertema, selaras dengan zon yang tersedia di Karnival UDA 2024.
Karnival UDA 2024 yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu, menampilkan kelainan dan konsep Baharu iaitu tujuh (7) Zon untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa & Ma, Jualan Pelbagai di mana Mari seeNI akan memeriahkan lima (5) Zon di Karnival UDA 2024 melalui penglibatan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.