Film Kuch Kuch Hota Hai (1998) merupakan salah satu film Bollywood yang paling ikonik dan berkesan, terutama kerana keserasian luar biasa antara Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol. Kisah cinta yang penuh emosi ini menjadi salah satu tonggak sejarah perfileman di India, dan adegan-adegan antara Rahul (SRK) dan Anjali (Kajol) terus dikenang oleh para penggemarnya hingga kini.
Namun, di balik layar, ada banyak keputusan kreatif yang diambil pada saat-saat terakhir, termasuk salah satu adegan paling ikonik di film ini—ketika SRK memeluk Kajol. Adegan ini, yang pada awalnya direncanakan dengan cara berbeza, akhirnya mengalami perubahan signifikan sesaat sebelum penggambaran.
Adegan yang dimaksudkan adalah di mana Rahul memeluk Kajol kerana dimalukan atas sebab mengubah penampilannya seperti Tina. Menurut pengarah, Karan Johar, sepatutnya adegan mereka bertiga berpelukan.
“Kalian harus tahu, di layar dan di naskahnya, semua berbeza. Seharusnya adegan itu hanya berisi tentang bagaimana SRK menenangkan Kajol dan Rani juga datang. Lalu mereka bertiga berpelukan bersama-sama, lalu move on,” ujar Karan Johar, Pengarah filem
Meski naskah sudah tertulis dan semua bintang sudah siap berlakon. Namun ternyata Karan merasa tidak merasa berpuas hati, ada yang kurang. Akhirnya dia memikirkan alternatif adegan lain, ketika sesi penggambaran.
“Tapi aku merasa hal itu adalah adegan yang aneh. Lalu berfikir, kenapa tidak melakukan adegan Shahrukh memeluk Kajol, namun ia menahan tangan Rani yang ingin pergi untuk memberikan privasi,” lanjut Karan.
Saksikan video di bawah.
Apabila adegan itu akhirnya ditukar dan hasilnya sangat memuaskan, Karan tidak menyesal dengan keputusannya membayar lebih untuk sewa lokasi. Karan gembira kerana ternyata watak Rahul tidak dianggap jahat kerana adegan ini.
Kita sebagai penonton tentu bertuah dapat menyaksikan hasil akhir yang sangat menyentuh, bukti bahawa di balik setiap adegan yang sempurna, ada masa yang bekerja keras dan berani mengambil risiko untuk mencipta keajaiban di layar lebar.
Sumber: Film Companion
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.