Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Nanti Lala Join AJL Yang Ke 50”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 8,544, tanda suka sebanyak 639 dan sebanyak 17 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Khawla yang melihat video nyanyian Ernie Zakri sambil turut nyanyi bersama.
@ernienator.my Lala belanja Jangan Hilang Percaya part chorus, nak lawan abu 🤣 Sambil² undi AURA di Muzik Muzik 39, jangan lupa tengok Jangan Hilang Percaya Official Visualizer di youtube Ernie Zakri ❤ #erniezakri #khawlasoleha #janganhilangpercaya #aura #muzikmuzik39 #fyp #foryou #foryoupage #xyzbca
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa tidak hairan jika Khawla pandai menyanyi kerana ibu bapanya merupakan penyanyi terkenal.
Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melipah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.