Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Kereta Honda Ni Hanya Untuk Kegunaan Harian, Diorang Ada Banyak Kereta”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @darwishonda yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 283 ribu, tanda suka sebanyak 3,923 dan sebanyak 161 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan anak kepada Che Ta iaitu Ammar yang membeli kereta Honda City Sedan s. Dikatakan oleh penjual kereta tersebut, Ammar membeli kereta itu hanya untuk kegunaan harian.
@darwishonda Terima Kasih Ammar & Che Ta @ROZITA CHE WAN Sekeluarga Support Salesman Maneh 🙏🏼🙏🏼🙏🏼 City Sedan S #salesmanmaneh #hondasalesmanmaneh #salesadvisorhondamalaysia #hondasalesadvisor #fyp #fypシ #tiktokguru_malaysia #tiktokguru #hondacitysedan2024
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Di dalam video berkenaan juga ada yang mencemuh kerana anak orang kaya hanya membeli kereta Honda sahaja. Namun terdapat komen lain yang lebih positif mengatakan bahawa tidak kisahlah anak orang kaya ataupun tidak akan tetapi citarasa manusia berbeza-beza.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.