Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Wah Sedapnya, Banyak Buah Memang Ralik Kalau Ratah Saja”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cmspahang yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 545 ribu, tanda suka sebanyak 36 ribu dan sebanyak 1,235 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang membuat acar buah sempena perkahwinan anakandanya nanti pada bulan Ogos ini.
@cmspahang towkey acar buah sama naik dengan contractor !!!
♬ original sound – Tengku Ampuan Pahang – Tengku Ampuan Pahang
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa acar buah tersebut tampak menyelerakan serta mereka juga ingin merasakan hasil tangan Tengku Ampuan Pahang itu.
Tambah mereka lagi, mereka juga mendoakan agar urusan perkahwinan tersebut dipermudahkan serta tidak sabar untuk menyaksikan majlis perkahwinan diraja Pahang yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.