Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Ni Kalau Kena Cakar, Confirm Masuk Penjara Hahaha”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @akmoln yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 181 ribu dan sebanyak 833 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang berada di suatu tempat dan sempat membelai kucing yang berada di atas meja berhampiran dengannya itu.
@akmoln Kemain mengada dengan Tuanku RPA #tenang #agong #permaisuriagong #funnycats #healing #catlovers #fyp
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa kucing tersebut sangat beruntung kerana di belai oleh baginda. Tambah mereka lagi, mereka juga bergurau mengenai status kucing tersebut yang telah menjadi kucing diraja setelah dibelai oleh Tunku Azizah.
Apa-apa semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.