Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Akhirnya Mengaku Tiada Persefahaman Dengan Isteri, Syamsul Yusof Mahu Bercerai Dengan Ira Kazar

by Puteri Alia
August 19, 2024
Share on Facebook

Peguam syarie yang mewakili pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais, hari ini mengesahkan bahawa anak guamnya telah memfailkan perceraian terhadap isteri keduanya, Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 2 petang tadi.

Langkah ini diambil oleh Syamsul atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka, namun butiran lanjut masih belum boleh dikongsi.

“Iya, Syamsul sudah failkan cerai pada jam 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman. Nanti saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya. Saya akan sahkan tarikh sebutan kemudian. Tapi, memang Syamsul sudah failkan (perceraian) petang tadi,” kata Azmi ketika dihubungi.

Menurut sumber, perceraian ini difailkan setelah pasangan ini tidak lagi mencapai persefahaman dalam rumah tangga mereka.

Tindakan ini menamatkan spekulasi dan khabar angin yang mula tersebar sejak Oktober tahun lalu mengenai keretakan hubungan Syamsul dan Ira.

Syamsul, 40, yang terkenal dengan filem-filem box office seperti KL Gangster dan Munafik, mengejutkan ramai apabila dia dan Ira, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkahwinan mereka pada ketika itu mengundang kontroversi, terutamanya selepas Syamsul mengesahkan perkara tersebut melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Sebelum ini, tindakan Syamsul berkahwin dengan Ira telah menyebabkan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah, nekad untuk memfailkan perceraian.

Topik Berkaitan Puteri Sarah Titip Pesanan Bijak Untuk Dr. Fie Hadapi Krisis Rumah Tangga

Pasangan itu akhirnya bercerai secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu, selepas melalui pelbagai dugaan dan permasalahan dalam perkahwinan mereka.

Perceraian Syamsul dan Ira ini tentunya akan menjadi tumpuan media dan umum, memandangkan Syamsul adalah salah seorang pengarah filem yang paling dikenali di Malaysia.

Pihak media dan peminat pastinya akan terus mengikuti perkembangan selanjutnya mengenai kes ini. Tarikh sebutan kes perceraian ini dijangka akan diumumkan oleh peguam dalam masa terdekat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ira Kazarputeri sarahSyamsul Yusof
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Brooklyn Beckham
Spotlight

Bukan Dipuji, Malah Dikritik! Ini Sebabnya Netizen ‘Hentam’ Masakan Brooklyn Beckham

by Nurul A.
October 15, 2026

Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial....

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Spotlight

“Kami Terima Segala Kecaman”- Syifa Melvin Kesal Terlalu Ikut Emosi

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon, Syida Melvin bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, nampaknya masih belum reda apabila kemelut...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara