Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.
Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.
“Humble Nya Tuanku & Anak-Anak Melayan Rakyat Macam keluarga Sendiri”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @alynsenseii yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 697 ribu, tanda suka sebanyak 39 ribu dan sebanyak 540 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Sultan Pahang bersama Anakandanya yang sedang beramah mesra dan bergambar dengan rakyat jelata.
@alynsenseii Our humble King! Baik dan sportingnya mereka. Terima kasih telah datang dan menyantuni rakyat Sarawak. Semoga Allah merahmati kelurga tuanku. Daulat Tuanku! 🫡❤️ #ydpa #agong #tengkuhassanal #tengkuahmadismail
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka amat suka melihat keluarga diraja Pahang yang sangat berjiwa rakyat sehinggakan turun padang untuk beramah mesra dengan mereka.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimoah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.