Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Tilla Keluarkan Jiwa Lakonan Dia, Memang Menjadi”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @syirabby yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 450 ribu, tanda suka sebanyak 15 ribu dan sebanyak 38 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang sedang memarahi pekerjanya untuk membuat ‘prank’ sempena hari lahir abang iparnya itu.
@syirabby Prank Birthday Boss. Dia ingat Tilla kena sampuk 🤣 #kekasih #birthday #themelvins #siblings #fyp #tiktokviral
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa muka abang iparnya itu kelihatan cuak apabila mendengar Syatilla Melvin memarahi pekerja. Tambah mereka lagi, bakat lakonan Syatilla Melvin masih berbisa walaupun telah lama tidak berlakon.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.