Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Hilang Rasa Kemurungan Bila Tengok Adik Beradik Peramah Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @helwabysya yanng peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 282 ribu, tanda suka sebanyak 18 ribu dan sebanyak 286 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin bersama adik beradiknya yang menyanyikan lagu Masing-Masing dari Ernie Zakri.
@helwabysya Semua feeling 💯🤣❤️🔥 #kekasihthemelvins #themelvins #syafiqamelvin #syatillamelvin #syifamelvin #syidamelvin #melveenamelvin #fyp @Kekasih Kaklong @SyatillaMelvin @Syifa Melvin @syidamelvin @melveenamelvinn
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat suka melihat telatah adik beradik Syatilla Melvin yang sangat masuk air dan menghiburkan.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.